Wednesday 27 April 2016

HIDUP KITA

RERAMA

assalammualaikum

selamat petang.

harini terasa nak tulis sesuatu yang terbuku dihati.

makin dipendam makin resah.

tapi takdela sampai nak guna kata kata kesat ye. kata kata baik je. im promise

hidup.
kadang tak seindah fantasi.
realitinya semua tidak benar.
semuanya palsu belaka.
apakah hidup andai selalu disakiti?
hidup yang kadang bawa kita diatas
kadang dibawah
kadang rasa jatuh tersungkur
apa yang dilakukan salah pada mata orang
apa yang diluah salah pada fikiran orang
apa sebenar mereka lihat?
corak pemikiran berbeza
tak mungkin semua sama
yang tak bersalah ditindas
dicemuh
dihina
dipulau
diapi dengan kata kata
apa lagi yang kau nak ?
tak cukup kah kau sakiti aku ?
apakah dunia kau sepi tanpa mencemuh hidup aku ?
begitu kah ?
maaf
aku tak pernah kisah tentang hidupmu
maaf
kau telah salah sangka
kau juga telah hancurkan hati
hati aku pula ?
apakah dengan menerjah tanpa usul periksa itu bawa hidupmu puas ?
puaskah ??
aku penat
penat dengan manusia sebegini
kau siapa mahu begitu ?
kau tak layak
mudah aku memaafkan
tapi
melupakan tidak sekali
maaf
aku sakit hati
kerana kau tidak duduk diposisiku
nyah la kau


p/s: puisi sekadar luahan hati.


mood nak berpuisi ni kuat pulak bila sakit hati hahahah daripada memaki hamun kan ? lebih baik luah dalam puisi. ada baik nya juga. dah lama tinggalkan zaman sastera :)


Wednesday 20 April 2016

1 post entry ?

RERAMA

assalamualaikum

maafkan saya. last entry kata nak update pon still tak boleh bagi masa juga. emm, and my future ? im married and mommy to be. alhamdulillah . syukur sangat . tapi before this ada 2x gugur. masing2 dekat sebulan/sebulan setengah. coz rahim tak kuat. and tak maintain makan acid folic. mana mana mommy to be tu kena ambik pil acid folic sebiji sehari sampai bersalin. mana yang nak rancang jadi momies tu pun kena ambik seawal 3 bulan pertama bagi rahim u kuat sikit .. jangan jadi macam saya ni. yala  . umur muda sangat 21 yo kahwin so tak tahu step macam mana .

so saya ambik ni sebagai iktibar and share kat uolls . JANGAN JADI MACAM SAYA. HAHA
sedih la juga bila tengah awal2 preggy tu tiba2 ada bleeding bila check gi clinic dah takde. nangis tau. nak pujuk hati lagi. suami lah pujuk heheh. dia sangat mengharap nak baby cepat . kena jaga semua benda, dari segi fizikal, mental, emosi, your pemakanan. yang penting jangan makan benda sejuk , tajam , nanti tak jadi pulak kan ? nenas , ikan keli, haa berbisa tu ikan keli. mohon peka la soal makanan ni ye, jangan ambik selamba je tau.

em, camne pon nak citer la juga pasal entry accident yang asyik tak jadi nak type, takde masanya lagi tu kan. next, i promise akan ada masa juga nak tulis pasal tu..... sebab saya tau ada yang tunggu pasal entry tu , tq la sebab sudi baca . zaman serba moden ni kadang2 orang malas nak baca karangan panjang2 ... direct terus gi facebook je kan masing2... takpe. mana yang sudi baca tq sangat2... saya akan update bila ada masa lapang . ohhhh... i forget la something.. saya rasa ada yang tanya kan, berapa weeks your baby ? ahaaaaa 20weeks already... hehehhe takutnya... kira2 lagi ni pakai jari... heheheh... okay, jumpa next post ya. bye